Satu bulan, satu minggu dan satu hari yang penuh cabaran..suka dan duka buat Mami. Cepat masa berlalu ya...sungguh!
Dan sesungguhnya..saya rasakan bagai mimpi. Segalanya berlaku terlalu pantas buat saya. I mean..everything...
Bermula dengan pertemuan hati antara saya dan D, pantas! Bermula kawan biasa selama hampir setahun,awal 2009 mula rapat, Ogos D proposed, November merisik dan March 2010 nikah. In a blink of eyes..saya jadi seorang isteri.
Bermula perhubungan jarak jauh untuk hampir setahun lamanya. Dan Alhamdulillah...Ogos 2010 saya pregnant, Januari dapat transfer dan April QAW hadir...in a blink of eyes juga, saya jadi seorang ibu.

Bersediakah saya? Entahlaaa..sometimes rasa macam segalanya berlaku terlalu pantas dan bagai tak mampu untuk mengharungi cabaran dan menggalas tanggungjawab besar ini. Tapi pada masa yang sama juga saya bersyukur atas kurniaan dan amanah Allah ni. QAW hadir ke dunia inipun saya rasakan cukup pantas.
Hari tu...23hb April. Saya sudah berasa kurang selesa. Malah..beberapa hari sebelum tu pun dah rasa tak sedap hati. Ada sakit sikit2 tapi saya confused samada itu contraction or sakit biasa. Ya la, saya ni mmg agak aktif berjalan sana sini, buat itu ini, so agak mungkin sakit sebab penat or something. Lagipun EDD 27hb, ada lagi 4 hari gitu walaupun mmg kemungkinan bersalin awal tu ada.
Dan hakikatnya juga, saya mengharapkan QAW lahir lambat sikit, at least masuk bulan Mei, means overdue dalam 3 or 4 hari camtu. Selain daripada saya mahu birthdate dia sama dgn bulan kelahiran saya, saya sebenarnya risau kalau saya bersalin tanpa kehadiran D. Sesungguhnya waktu tu adalah minggu yang amat amat sibuk bagi D. Pagi keluar, balik makan kejap, keluar lagi. Kadang sampai malam dan awal pagi. Memanglah in law saya ada masa tu, tapi percayalah...sejuta in laws or berjuta mak dan adik beradik sekalipun takkan sama dengan kehadiran seorang suami di sisi isteri di saat2 begitu. Seminggu yang sibuk tu, D menguruskan tapak pesta tahunan yang akan diadakan selama beberapa hari. Lebih 140 tents perlu didirikan..bayangkan sajalah bagaimana besarnya event tu. Di samping menguruskan beberapa booth persendirian, mengaturkan program untuk para photographer yang dtg dari pelbagai negeri bersempena event tersebut jugak. Malah rumah kami pun menjadi tempat bermalam dua org photographer dari Semenanjung.
Kesibukan D yang tu la yang menakutkan saya..sebab dia jarang ada di rumah. Dua minggu sblm event sibuk mendirikan khemah..tambah lagi bila event dah berlangsung..aduuh bayang dia pun susah nak nampak. Nampak muka dia pun macam dah penat gila tapi apa nak buat..dah tugas.. Bayangkan sajalah, cuti yang sepatutnya dia dapat seminggu utk menjaga saya lepas bersalin pun terpaksa dilupakan gara2 event tersebut. Down jugak saya masa tu...
Oooh..jauh tersasar ke sessi luahan hati pulak. Berbalik kepada hari kejadian.
Since D bakal sibuk minggu event tersebut, maka pada 23hb, petang Sabtu tu dia bawak saya keluar. Malah, dua,tiga hari sebelum tu pun saya ikut dia pi tapak event..tak nak berjauhan kononnya. Petang Sabtu tu kami ke pasar malam. Macam biasa, beli pau dan sate..bawak makan di kedai makan tepi pantai. Order ketam masak cili, cucur bawang dengan 3 layer tea. Saya makan sungguh2..selalunya ketam tu saya makan ala2 je. Habis licin semua la. Ya la, nanti lambat lagi dpt makan. Balik rumah then ada kawan datang bawak red velvet cupcakes. Ya Allah..macam pucuk dicita ulam mendatang kaedahnya. Saya memang dah teringin lama nak makan redvelvet tu. Siap dengan cream cheese toppings plak yu..wahwahwaaaaah..
Tak tunggu lama..sambil layan konsert AF, saya makan sebiji cupcake tu, walaupun sebenarnya masih kenyang lagi. Masa tu memang saya dah rasa tak sedap badan..penat dan lenguh semacam. Tapi biasalah, saya ingat sebab penat berjalan ke pasar malam tu so buat tak tahu la. Dah habis konsert rasa lapar pulak sebab tak makan nasi pun malam tu.. Saya rasa mmg dah tak larat gila sebenarnya, tapi lapar punya pasal, saya goreng telur dadar makan ngan nasi sikit. Tgh makan dah rasa sakit sikit2.. Makan pun kejap2 berenti tahan sakit. D pun agak cuak tgk saya tapi saya cakap yang saya lapar dan penat je.
Lepas makan dah pukul 12 malam gitu, kami naik ke bilik. Dan bermulalah sakit yang agak lain dari biasa. Kejap sakit, kejap ok..berulang2. D ajak pi hospital tapi saya refused sebab sakit kejap2 je. Tapi memang saya tak boleh tido langsung sepanjang malam. Saya tak kejut D pun, kalau dia bangun, confirm dia bawak saya pi hospital malam tu jugak. Maka berpusing ke kiri dan ke kanan serba tak kena la saya malam tu sorang2. Kejap2 ulang ke toilet..memang penat.. Tepat 6.30 pagi, saya ke toilet lagi sekali. Tapi masa tu dah bleeding..sakit pun tetiba jadi makin kuat. Terus cakap kat D dah kena pi hospital.
Hospital dekat je ngan rumah, dalam 3 minit drive je. Sampai je hospital, terus tukar baju dan masuk labour room. Nurse check dah bukak 2 cm. Dan ditinggalkan saya menahan sakit sorang2 sbb masa yang sama ada sorang lagi nak bersalin kat katil sebelah. Hurm..bersalin kat hospital gomen camni la..sadis jugak saya rasa. Saya terbaring semata2 di atas sebuah katil, takde peralatan canggih macam hospital swasta. Well..what to do, itu saja tempat yang ada yang paling dekat dengan rumah. Nak menahan sakit pun, tak tahu nak pegang apa, tergolek2 la sorang diri kat situ. Dah la suami tak boleh masuk..at least nampak muka suami hilang sikit rasa sakit dan takut.
Sakit makin kuat...saya tak tahan sampai terjerit2 kat dalam tu. Tak sangka pulak D boleh dengar dari luar sebab bilik bersalin tu mmg tepi corridor tempat menunggu. Mmg dia gelabah gila masa tu..dia la cerita kat saya, hehe.. Tak pasti pukul berapa masa tu, saya rasa sakit sangat, saya jerit panggil nurse..barulah terhegeh2 datang check..dah bukak 5cm. Dia pun terkejut sebab cepat sangat. Dia cakap maybe saya bersalin cepat. Hah! Tau pun..padahal org dah jerit2 lama dah..asyik suruh tahan je. Bila ketuban pecah, lagi rasa sakit. Tak tertanggung rasanya. Masa tu mmg saya rasa dah serik gila nak beranak..sungguh!
Masa tu dah pukul 10 pagi, nurse bagi saya minum selusuh dan air zamzam yang saya bawak. Dalam hati mmg tak putus2 saya baca doa Nabi Yunus. Nurse bagi masa saya setengah jam je untuk bersalin. Dia cakap, saya mesti keluarkan baby pukul 10.30. Saya tak sure berapa kali saya push sebab asyik sangkut2 tak cukup nafas. Saya dah takde tenaga sebab tak makan dan tak minum apa pun. Badan dah menggeletar. Tiap kali sakit saya jerit. Mula2 nurse marah saya jerit, takut saya hilang tenaga..tapi saya cakap takleh control..tu cara saya nak hilangkan rasa sakit..so dia give up dan biarkan saya jerit2. Lagi tambah cuak D kat luar dengar saya kat dalam..hahah
Akhirnya..tepat 10.32, tersasar dua minit dari jangkaan..baby pun selamat keluar. Masa nurse letak baby kat dada..saya tak boleh nak react sebab terlampau penat dan takde tenaga..rasa flat gila. Cuma saya boleh cakap, it's a boy je. Then, proses menjahit plak lagi..mmg saya betul2 penat. Dah settle semua saya dibawa ke wad sebelah. Dah ada dua orang ibu yang baru bersalin sebelum saya kat situ so, ada 3 ibu n bayi la kat wad tu. Yang kelakarnya..saya yang masuk labour room dulu..dorang yang bersalin dulu dari saya.
Nampak je saya dah kat wad, D masuk. Di sebabkan kawasan wad yang terbuka, maklum la hospital gomen, takde nak privacy room ke apa, maka saya tak boleh nak berdrama lebih. D cium saya, cium baby dan azankan dia. Masa tu dah bergenang airmata, saya tahan dari menitik. Moment tu memang touching. Macam2 perasaan ada..syukur, syahdu, terharu..semua ada. Kalau ikutkan hati nak je saya peluk D dan cry out loud tapi saya tahan sebab takut over plak. Ibu2 kat sebelah takde pun suami dorang muncul lagi..dua2 dok bertemankan baby je. Saya je yg over dengan D dah siap2 bawak camera bagak dia tu amik gambar baby.
Pantas kan? Saya pregnant pun takde masalah apa sampai saya rasa sangat santai gitu..tau2 dah bersalin. Cepat jugak kiranya, masuk 6.35, 10.32 dah keluar baby. Alhamdulillah, walaupun rasa sakit tak tertanggung tapi saya kira 4 jam tu tidaklah lama berbanding orang lain yang mungkin sakit berjam2 lagi.
Satu malam di hospital, boleh balik rumah next morning. Dan bermulalah sessi confinement yang..hurmmmmmm..ahhhh it's a different story...





5 comments:
bila baca entry ni sampai habis, mcm ada rasa dlm hati.tapi x tahu nk luah mcm mana....
macam2 rasa ada .....
Allah permudahkan segala-galanya kan :)
Emy..ya alhamdulillah Allah mudahkan segalanya..one thing, saya sgt yakin dgn doa Nabi Yunus tu.
Sgt elok amalkan bila dlm kesulitan
Moment yg sgtt indah..mmg ms contraction tu rs serik nk preggy lg..huhu
rasanya masa sakit nk bersalin tu kbyakan ibu2 akan rasa seri nak bersalin lagi...tp bila bb dah besar sakit dah hilang rasa nak pregnant n deliver akan dtg semula...perasaan yg sama e-na rasa ms sakit c-sar...rasa x nak dah bersalin cukuplah sekali...bila bb dah besar nak pulak...hihiii...
N dan e-na,
Kan?? Hahah time tu mmg rasa serik sangat. Org tanya apa perasaan lepas kuar dr bilik bersalin tu..first word yg keluar..'sakit!' hahah macam dh tak sanggup
Post a Comment